PUTRAJAYA: Kegagalan mana-mana pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau bersara menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan suatu kesalahan kerana menghina Majlis Parlimen, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Zuki berkata kegagalan mana-mana individu termasuk pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau bersara dalam mematuhi arahan PAC menghadiri prosiding merupakan kesalahan di bawah seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 [Akta 347].
Beliau berkata PAC sememangnya mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana individu untuk hadir di hadapannya atau meminta individu berkenaan untuk mengemukakan apa-apa surat, rekod atau penyata kepada PAC dari semasa ke semasa selaras dengan Peraturan 77(5) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Dalam memberikan keterangan di prosiding PAC, mana-mana individu termasuklah mana-mana pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau telah bersara adalah tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa," katanya.
Ini termasuklah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88], Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], serta tidak melibatkan perkara-perkara yang sedang dalam prosiding mahkamah, katanya.
Mohd Zuki berkata cadangan Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin supaya suatu mekanisme diwujudkan oleh kerajaan agar semua pegawai kerajaan dan bekas pegawai kerajaan termasuklah pegawai pengawal dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian mematuhi arahan PAC menghadiri mana-mana prosiding PAC bagi memberi keterangan, diambil perhatian.
Beliau berkata setiap anggota perkhidmatan awam yang dipanggil untuk ke prosiding PAC adalah untuk memberi keterangan, penjelasan atau apa-apa maklumat yang diperlukan bagi prosiding tersebut dan mereka sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama bagi tujuan tersebut.
Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat, Mohd Zuki berkata suatu garis panduan "Memberi Keterangan Kepada Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat: Garis Panduan Untuk Pegawai Awam" telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 21 Mac 2023 untuk memberi penjelasan dan panduan dalam memberi keterangan di hadapan mana-mana jawatankuasa pilihan dalam Dewan Rakyat termasuklah PAC.
Semalam, Mas Ermieyati mendedahkan terdapat bekas KSU dan bekas pegawai pengawal enggan menghadiri prosiding PAC bagi mendapatkan keterangan terhadap isu yang timbul ketika mereka menerajui sesuatu kementerian, jabatan atau agensi kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Kegagalan mana-mana pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau bersara menghadiri prosiding PAC merupakan suatu kesalahan kerana menghina Majlis Parlimen, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Gambar fail/BERNAMA
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Resit tular: Polis rekod keterangan lapan individu
Polis telah merekodkan keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penduduk terkejut, bimbang
Penduduk kampung Afiq Ibrahim, 19, bimbang dengan kejadian terbabit yang pertama kali berlaku dan mahu kawalan keselamatan dipertingkatkan.
Impak lawatan PM kepada perdagangan, pelaburan Malaysia
Temu bual bersama Pengarah Urusan CSQ International Consulting, Shamsul Qamar Abd Rani dalam melihat kepada impak perdagangan dan pelaburan Malaysia susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penolong pegawai mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, salah guna harta
Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berhadapan enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta.
Pantau Agenda Reformasi: Apa kedudukan 6 MP & 1 ADUN Bersatu?
Saya ingin bersama dengan Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik, Universiti Malaya
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Majlis kerajaan dihadkan bagi progam benar-benar perlu sahaja
Bagi memastikan perbelanjaan kerajaan dibuat secara optimum, penganjuran acara, majlis, keraian rasmi kerajaan, mesyuarat, seminar dan bengkel, dihadkan bagi program yang benar-benar perlu sahaja.
Pegawai awam gagal hadir prosiding PAC adalah suatu kesalahan - KSN
Kegagalan mana-mana pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau bersara menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan suatu kesalahan kerana menghina Majlis Parlimen.
Tiada tolak ansur terhadap pegawai awam cuai, terlibat rasuah - KSN
Tiada tolak ansur diberikan kepada mana-mana pegawai awam yang didapati 'cuai' dalam menjalankan tugas dengan 'mengutip habuan' dan 'menetapkan kos tambahan'.
Tuntutan Sulu: Malaysia terus perkukuhkan lagi imuniti kedaulatan
Malaysia akan terus mengambil segala langkah aktif bagi mengukuhkan lagi imuniti kedaulatannya.
SPRM punyai kuasa siasat hakim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan, agensi itu mempunyai kuasa untuk menyiasat mana-mana pegawai badan awam setelah menerima laporan atau aduan rasmi.
Pegawai awam berdepan tindakan jika gagal patuh PKP
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengingatkan semula para pegawai awam agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula esok hingga 7 Jun.
Perintah di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit wajib dipatuhi - JPA
Tindakan tegas termasuk tatatertib boleh dikenakan terhadap mana-mana pegawai termasuk ketua jabatan atau penyelia yang mengarahkan pegawai yang terlibat untuk hadir bekerja.
Rakyat Malaysia hadapi dua pertuduhan beri rasuah kepada pegawai ICA Singapura
Sekiranya disabitkan dengan kesalahan rasuah, Fenny Tey Hui Nee, 24, boleh didenda sehingga S$100,000 atau dihukum penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Pegawai awam India dipecat kerana ambil cuti tidak sah 24 tahun lalu
Seorang pegawai awam India telah dipecat kerana mengambil cuti 24 tahun yang lalu dan tidak akan kembali ke mejanya,kata kementerian pembangunan bandar.